| Pengenalan Ilmu Tafsir | | | |
| Ilmu tafsir merupakan antara ilmu terpenting dalam ilmu-ilmu Islam. Hal ini disebabkan oleh tugasnya yang berat untuk memperjelaskan ayat-ayat al-Quran seperti mana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ilmu tafsir adalah semulia-mulia ilmu berdasarkan tugasnya itu. Oleh yang demikian, golongan yang melaksanakan tugas ini bukanlah golongan yang sebarangan, bahkan mereka mempunyai kemampuan dan persediaan yang benar-benar mantap. Pelbagai bentuk tafsiran telah berjaya dikeluarkan oleh golongan ini berdasarkan kemampuan dan kecenderungan mereka untuk mempersembahkan tafsiran yang dibuat, juga mengikut kesesuaian zaman mereka berada.
"Ilmu yang membicarakan tentang hal ehwal kalam Allah dari aspek ia menunjukkan apa yang dikehendaki oleh Allah daripada kalam-Nya. la terbahagi kepada tafsir, iaitu perkara yang tidak dapat diketahui melainkan dengan an-Naql seperti asbabu al-nuzul dan kisah-kisah. Dengan erti kata yang lain, yang berkaitan dengan riwayat. Begitu juga ia terbahagi kepada takwil, iaitu perkara yang mampu diketahui melalui kaedah-kaedah bahasa Arab. Dengan erti kata lain, yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Maka, adalah salah jika seseorang individu membicarakan tentang tafsir tanpa ada naql dan takwil sekadar dengan hawa nafsu, walaupun tepat (tafsiran yang dibuat)."
1. Akidah yang luhur dan betul 2. Menghindarkan diri daripada hawa nafsu 3. Menafsirkan al-Quran dengan al-Quran terlebih dahulu 4. Disusuli menafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah 5. Menafsirkan dengan kata-kata para sahabat sekiranya tidak didapati dalam al-Quran mahupun al-Sunnah 6. Akhir sekali sekiranya tidak ada di dalam ketiga-tiga peringkat ini bolehlah ditafsir dengan kata-kata tabi'in 7. Penguasaan dalam bahasa Arab serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya 8. Penguasaan ilmu-ilmu asas yang berkaitan dengan al-Quran, seperti ilmu Qiraat, Tauhid, Usul Feqh dan Usul Tafsir 9. Kefahaman yang mendalam dan jitu yang memungkinkan ahli tafsir memilih tafsiran yang paling tepat.
la adalah tafsiran al-Quran bersifat analisis. Ayat-ayat disusun berdasarkan susunan yang terdapat dalam al-Quran (tartib mushafi). Seterusnya perkataan-perkataan ditafsirkan, ayat-ayat dikaitkan di antara satu sama lain, dan makna ayat diterangkan. Ini merupakan bentuk lama tafsir yang diketahui umum. 2. Tafsir Maudhu'i Tafsiran dibuat berdasarkan tajuk-tajuk tertentu yang terdapat dalam al-Quran, atau yang berkaitan dengannya. b. Pembahagian tafsir dari aspek sumber pula terbahagi kepada tiga iaitu : la adalah tafsiran ayat al-Quran dengan ayat yang lain. Termasuk dalam kategori ini ialah qiraat yang mentafsirkan qiraat yang lain.
la adalah tafsiran al-Quran dengan ijtihad selepas mengetahui selok belok bahasa Arab dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Begitu juga mengetahui ilmu asbab an-nuzul, nasikh, mansukh serta ilmu-ilmu lain yang perlu diketahui oleh ahli tafsir. la adalah pentakwilan ayat-ayat al-Quran yang tidak bertepatan dengan zahir ayat tersebut, berdasarkan isyarat-isyarat seni (ilham) yang boleh diketahui oleh ahli-ahli suluk. Walau bagaimanapun, ia boleh dikaitkan dengan kehendak zahir ayat.
[1] Lihat: Dr.Muhammad Husain al-Zahbi. al-Tafsir wa al-Mufassirun, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995, jil.1, ms.17. [2] Lihat: al-Sayuti, al-ltqanfi 'Ulumi al-Quran, Dar Ibn al-Kathir, [3] Lihat: Prof. Dr. Ali Ahmad Salus, Ma'a al-Syiah al-lthnai 'Asyairah, Dar al-Taqwa, Mesir. 1997, jil.2, ms.11. [4] Manna' al-Qattan, Mabahith fi 'Ulum al-Quran, Muassasah al-Risalah, [5] Lihat: Prof. Dr. Syukri Shafiq Mustafa al-Akhdar, Fuyudat al-Mun'im al-Wahhab fi al-Tafsir al-Maudhu'i, Dar Abu al-Fadh, Mahallah Kubra, 2000, juz.2, ms.14. [6] Lihat: Dr.' Iffat al-Syarqawi, Fi Mazahibial-Tafsir al-Islami, Dar al-Firdaus li al-Tiba'ah, Kaherah, 1999, ms.59. [7] Ibid., ms.57. [8] Temubual dengan Prof. Dr. Muhammad al-Sayyid Radhi Jibril di [9] Lihat: Syeikh Khalid Abdul Rahman al-'Ak, Usul al-Tafsir wa Qawa'iduhu, Dar al-Nafais, [10] Lihat: Prof. Madya Dr. Solahuddin Yusuf Shalabi, Muhadharat fi Manahij al-Mufassirin, 1998, ms.142 [11] Lihat: Dr.Muhammad Husain al-Zahbi, Op. Cit., jil.2, ms.381. [12] Surah al-Baqarah: 22. [13] Surah al-Taubah: 31. |
0 komentar:
Posting Komentar